Khamis, Januari 16, 2014

Kolagen

 
Kolegan adalah sejenis protein. Kolegen adalah bersifat fiber yang menjadikan ia penghubung dan menyokong tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, tendon, urat-urat dan sum-sum tulang. Selain itu, ia turut menyokong organ-organ dalaman dan kolagen juga boleh didapati di dalam struktur gigi. Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen di dalam badan manusia.

 



Kolegan merupakan salah satu protein yang penting bagi mamalia termasuk manusia.Di dalam badan manusia sahaja lebih kurang 25%  daripada jumlah keseluruhan protein adalah protein jenis kolagen. Sesetengah orang menganggap kolagen seperti gam yang berfungsi mengekalkan struktur dalaman badan. Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan, kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan