Profile Syarikat

Perniagaan Orang Kampung Sdn. Bhd. memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan beroperasi di sekitar kediaman pemiliknya iaitu Datuk Haji Manggar bin Haniff. Pada 14th Oktober 1990 perniagaan ini telah ditubuhkan sebagai perniagaan Milikan Tunggal. Pada 14th Mei 1994 Perniagaan Orang Kampung Sdn. Bhd. telah didaftarkan sebagai syarikat Sendirian Berhad.  Pada ketika itu, Perniagaan Orang Kampung Sdn. Bhd. beroperasi dengan menyewa sebuah kilang melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Lot J-7017, Kawasan Perindustrian Merlimau, 77300 Melaka. Dalam usaha memperluaskan pasaran produk syarikat, Perniagaan Orang Kampung  Sdn. Bhd. telah  membuka kedai-kedai promosi di Duyong dan Bandar Jasin pada tahun 1995 dan 1996.

Sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia, syarikat telah berusaha untuk membina sebuah bangunan kilang yang menetapi ciri-ciri “Good Manufacturing Practice – GMP” atau “Amalan Pengilangan Baik”. Sehubungan dengan itu, lesen GMP telah pun diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan(BPFK) sejak tahun 1999. Pada tahun yang sama juga beberapa variasi produk baru telah dikeluarkan iaitu minuman tenaga Tongkat Ali, Kacip Fatimah, dan Pegaga. Oleh kerana syarikat masih tidak mempunyai premis dan peralatan untuk mengeluarkan sendiri produk-produk tersebut ianya telah dikontrakkan dengan syarikat lain sehinggalah Heritage Drinks Industries (M) Sdn. Bhd. beroperasi pada Julai 2001.

Dalam memajukan lagi syarikat, Perniagaan Orang Kampung Sdn. Bhd. sentiasa mempelbagaikan produk-produk baru dan memperbaiki lagi kualiti produk sedia ada. Dalam usaha memajukan industri ini, Perniagaan Orang Kampung Sdn. Bhd. bercita-cita untuk menjadi “pemimpin pasaran dalam Industri Herba yang bertaraf profesional”. Perniagaan Orang Kampung Sdn. Bhd. bertekad akan terus berusaha untuk memasuki arena pasaran global, memperkembangkan serta memperkukuhkan industri ini hingga ke peringkat antarabangsa.

2 ulasan:

  1. i am nanosilver supplier, LOOKING partner for OEM/Supplying

    contact me :
    +60175522128
    zegwei@HOTMAIL.COM

    --------------


    WHY NANOSILVER ?

    In the present scenario silver in the form of nanoparticles are playing a major role in the field of Nanotechnology and Nano medicine, their unique size dependent properties make them superior and indispensable. The use of nanotechnology in the field of medicine could revolutionize the way we detect and treat damage to the human body and disease in the future, and many techniques only imagined a few years ago are making remarkable progress towards becoming realities. Silver nanoparticles have been synthesized through various routes in the laboratories in Malaysia and as well as many foreign research institutes. These routes can be chemical as well as biological.Nanotechnology has provided a number of nanoparticle-based therapeutics and diagnostic agents. Silver-impregnated wound dressings have the potential to reduce both bio burden and healing time.

    As the most commonly used engineered nanomaterial ( BioMaterial ) , nanosilver has found useful applications in water and air filters, antibacterial purposes, polymer films in food packaging and much more.

    BalasPadam