Tumbuhan herba, BLACK SEED dipercaya
berasal dari daerah Mediterania namun dikembangbiakan di berbagai
belahan dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara, dan sebahagian Asia.
Bentuknya kecil dan berserabut, berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya, BLACK SEED merupakan tumbuhan bunga fennel biasa (Nigella Sativa) keluarga buttercup (Ranunculaceae).
Terkadang
ada salah persepsi antara NIGELLA SATIVA dengan tumbuhan herbal fennel
(Foeniculum vulgare). Ada dua jenis tumbuhan ini, berwarna ungu
kebiru-biruan atau putih. Pusat pertumbuhan bunga tersebut pada bahagian
cabang di semua tangkainya ketika daunnya saling tumbuh bertentangan secara berpasangan. Daun di bahagian bawah bentuknya kecil dan pendek,
sedangkan bahagian atas lebih panjang (6-10 cm). Batang bunga tersebut
boleh mencapai ketinggian 12 sampai 18 inchi sehingga kebahagian buahnya,
BLACK SEED yang matang.
NIGELLA SATIVA mengembangbiakan dirinya
sendiri dan bentuknya spt sebuah kapsul buah yang mengandungi banyak seed
trigonal putih. Ketika kapsul buah tersebut matang, ia akan membuka dan
seed yang ada didalamnya akan mengembang, berubah menjadi hitam warnanya
( BLACK SEED ). NIGELLA SATIVA atau BLACK SEED dikenali dengan banyak
nama berbeza di setiap tempat. Ada yang menyebutnya Black caraway, ada
juga menyebutnya black cumin (Kalonji), atau coriander seeds.
Dalam
bahasa Inggeris, tanaman NIGELLA SATIVA lebih dikenali dengan “
Love in a Mist”. Selain itu NIGELLA SATIVA, yang lebih terkenal dan
dipakai sejak masa dahulu ini juga disebut Shonaiz di Persia. Hal yang
paling berhubungan tentang black seed adalah bahawa tumbuhan ini
merupakan sebahagian dari sebuah pendekatan agama untuk kesihatan dan harian manusia. Dengan cara ini, kandungan nutrisi dan fungsi
penyembuh yang banyak dalam seed ini dapat membangunkan sistem kekebalan
tubuh sepanjang hari, dan juga menyediakan sumber yang optimal untuk
menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit.
Black Cumin
(Nigella sativa) Seed kaya dengan kandungan nutrisi Monosaccharides
(molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose, dan
arabinose. Black Cumin (Nigella sativa) Seed mengandungi non-starch
polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat
berguna. Lima belas asam amino membentuk protein yang mengandungi Black
Cumin (Nigella sativa) Seed, termasuk lapan dari asam amino penting.
Asam amino tidak dapat diproses secara cukup didalam tubuh kita,
sedangkan kita memerlukannya untuk menjaga berat badan. Black seed
mengandungi Arginine yang penting pada masa pembesaran. Analisis kimia
lanjutan menemukan bahawa Black Cumin (Nigella sativa) seed mengandungi
karotin, yang diubah menjadi liver oleh vitamin A.
Black Cumin
(Nigella sativa) Seed juga merupakan sumber kalsium, zat besi, sodium,
dan potassium. Diperlukan dalam jumlah yang sedikit dalam tubuh, fungsi
utama elemen-elemen ini memiliki peranan penting dalam membantu
bermacam enzim lainnya. Balck Cumin dan Minyak Black Cumin kaya akan
asam lemak, terutama asam lemak esensial tak jenuh ( asam Linoleic dan
Linolenic). EFA, terdiri dari asam alfa-Linolenic (omega 3) dan asam
Linoleic (omega 6), adalah pembentuk sel dan substansi yang tidak dapat
dibentuk dalam tubuh dan oleh kerana itu harus mendapat pengambilan atau
melalui makanan yang memiliki kandungan EFA tinggi.
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan:
- monosaccharide glukosa, xylosa.
- polysaccharide
- fatty acid
yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak
boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari
pemakanan
- amino acid yang membentuk protein
- karotene iaitu sumber vitamin A
- kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian
yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya
meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia
mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit
berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah
bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang
menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi
bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus
penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya
mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara
berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian
in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan
sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu
menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan
ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria .
Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli,
V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk
mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan
masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus
sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik
untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema
(alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis
(bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi
lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan
pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat – dengan izin Allah– :
Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam
habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR.
Muslim)
Dari `Aisyah radhiyallahu`anha, Rasulullah bersabda : ”
Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah ubat dari segala penyakit,
kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin
Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq):
“Kematian”. (HR. Bukhari)