Jumaat, Februari 07, 2014

Manjakani

Manjakani
Nama Saintifik : Croton caudatus

Manjakani dianggap sebagai buah 'ajaib', dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani. Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya oleh orang-orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 sebelum masehi oleh orang-orang Mesir Purba.

Antara khasiat manjakani :
  • Kaya dengan vitamin, asid tanik, anti-oksida, vitamin (A,C),kalsium, serat, protein, zat besi dan karbohidrat
  • Mengandungi unsur-unsur seperti astrigen, anti-mikrobial, anti-inflamasi, anti-oksida dan anti-radang
  • Awet muda : Anti-oksida dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel
  • Pencegahan kencing manis : Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Anti-Oksida dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot dalam faraj : Tannin yang terdapat dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan meyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin.
  • Menegang dan mencantikkan kulit. Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat.
  • Mata yang sihat : Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata
  • Merawat payudara : Oleh kerana manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya.
  • Gigi dan Tulang : Kalsium dalam manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang
  • Mulut : Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak : Astrigen dapat mengekalkan dan mengawal keseimbangan lembapan kulit.
  • Merawat Ulser : Amalan meminum manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser
  • Melawas pembuangan air kerana manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi
  • Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan