Isnin, Februari 17, 2014

Menghilangkan kesan gigitan nyamuk




- Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.

- Sapukan Losyen Gamat atau Gel Gamat keluaran Orang Kampung, tak sampai 10minit, kesan gigitan akan hilang...boleh tidur lena...selamat mencuba.

Menghalau Semut




1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Memutihkan Gigi




Ambil 1 sudu bikarbonat soda dan letakkan ke dalam piring. Perah sebiji limau nipis atau lemon ke atas bikarbonat soda itu. Gabungan kedua-dua bahan tersebut akan bertindakbalas. Ambil berus gigi dan gaul-gaulkan sebatian tersebut dan terus gunakan untuk memberus gigi.

Amalkan sekali sahaja dalam masa seminggu. Hasil akan kelihatan dalam masa 1 bulan.

Kulit anda terkena minyak atau air panas?



1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Petua bulu Mata Panjang & Lebat



Inginkan bulu mata yang panjang dan lebat?
Cubalah petua di bawah: 

- Basuh muka hingga bersih. Ambil tangkai daunsirih dancelupkan ke dalam lendir daunlidah buaya. Sapukan pada bulu mata. Amalkan setiap hari.
- Bakar tamar kering hingga hangus. Tumbuk hingga hancur danjadikan sebagai celak.