1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun
bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam
keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut
atau tempat semut berkerumun.
3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan
semut menghampiri gula.
4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat
yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas
kulit bawang tersebut.
6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan
semut atau tempat semut berkerumun.